DISEMBER 2024

Boeing, Jepun Teruja Jalin Kerjasama Dengan Sarawak


TOKYO: Syarikat penerbangan Boeing, Jepun menyambut baik usaha peluang kerjasama bersama Kerajaan Sarawak.

Presiden Boeing Jepun, Eric G.John berkata, beliau secara peribadi sangat teruja berjumpa dengan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang mempunyai visi yang jelas dan menarik berhubung pembangunan Bahan Api Penerbangan Mampan (SAF) untuk industri penerbangan.

Menurutnya, pihak Boeing bersedia memberi sokongan terhadap visi Premier Sarawak tersebut bagi manfaat masa depan sektor penerbangan secara keseluruhannya.

"Pertama sekali, kami sangat teruja untuk berjumpa dengan Premier Sarawak. Beberapa perkara yang menarik bagi saya adalah pertamanya, visi beliau terhadap penerbangan mampan dan bahan api mampan di Malaysia.

"Kedua, visi beliau terhadap mengembangkan Sarawak dan sebagai seseorang yang pernah menghabiskan banyak masa di Asia Tenggara, saya sendiri dengan itu di belakangnya menyokong idea beliau," jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui UKAS dan TVS selepas melakukan perbincangan bersama Premier Sarawak dan delegasi Kerajaan Sarawak di Tokyo hari ini.

Dalam pada itu, Eric berkata, perkara ketiga yang dibincangkan adalah peluang untuk menerangkan bagaimana Boeing boleh berkembang bersama Sarawak dan apa yang boleh dilakukan untuk menyumbang kepada visi tersebut. - UKAS